Kerosakan fizikal Pemulihan_data

Pelbagai jenis kerosakan mampu mengakibatkan kerosakan fizikal kepada media storan. CD-ROM boleh tercalar pada lapisan (substrate ) logam atau pencelup (dye); cakera keras boleh mengalami pelbagai kegagalan mekanikal, seperti head crashes dan kerosakan motor; dan pemacu tape boleh rosak. Kerosakan fizikal selalunya mengakibatkan kehilangan data, dan dalam kebanyakan kes struktur logik fail sistem turut rosak. Ini mengakibatkan merosakan logik yang perlu diperbaiki sebelum sebarang fail boleh dipulihkan.

Kebanyakan kerosakan fizikal tidak boleh diperbaiki oleh pengguna. Sebagai contoh, membuka cakera keras dalam keadaan biasa akan mengakibatkan habuk pada permukaan cakera dan mengakibatkan kerosakan lebih teruk kepada cakera (platters). Tambahan lagi, pengguna biasanya tidak mempunyai perkakasan atau kemahiran teknikal yang diperlukan bagi membaiki kerosakan sebegitu; dengan itu, syarikat pulih data dipanggil. Firma ini menggunakan kemudahan bilik bersih bagi melindungi media sementara cakera diperbaiki, dan perkakasan seperti magnetometer untuk membaca secara manual bit dari media magnetik yang rosak. Bit yang terhasil boleh digunakan bagi membina semula imej cakera, yang boleh dibaca bagi memperbaiki kerosakan logikal. Apabila ia selesai, fail boleh dikeluarkan dari imej yang diperbaiki.